Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Wednesday, February 27, 2008

Sukan Tahunan Kali Ke-4 SKEN 2008

Salam,

Seperti perancangan awal di dalam takwim sekolah, acara sukan tahunan tidak ada untuk tahun ini. Di SKEN, sbg sekolah yg bergred SKM, acara sukan diselang seli dengan program perkhemahan. Jadi, program sukan jadinya 2 tahun sekali. Tapi disebabkan dah diwajibkan untuk diadakan juga acara sukan...kami di SKEN membuat Mini Sukan. (erm, tak mini pun, cam sama je sambutan, cuma tak meriah dgn dekorasi je dan tiada acara perbarisan) Bagi Fini, inilah kali pertama Fini join sukan SKEN, yg acara tahun lepas...Fini tak sempat sbb belum di posting ke sini lagi.


Sebagai guru sukan rumah MERAH, Fini ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk para pelajar. Petang Selasa, selepas balik dr sekolah...terus ke TF. Beli keperluan untuk lebih kurang 55 org...utk rumah merah shj. Cikgu Ti pula tlg tempah nasi lemak. Balik rumah, Najwa masih belum balik... =) Haha, kena la tolong Kakak utk pack. Mak pun turun sama menolong. Terima kasih sume.

Aturcara Temasya Sukan Tahunan 2008

8.00 pg
Kedatangan para tetamu

8.15 pg
Peserta sukan berkumpul^Bacaan doa^Nyanyian Lagu Negaraku^Pembacaan ikrar^Ucapan perasmian oleh GB


9.00 pg
Acara sukan bermula

10.00 pg
Rehat dan jamuan


10.15 pg
Acara bersambung

12.00 tgh hr
Acara bersambung^Penyampaian hadiah^Majlis bersurai


#Tengok gambar aje la...Fini dh tak larat nk celoteh kat sini. Antara gambar yg di snap oleh Wani...










Thanks Wani...tolong Cikgu. Mcm biasa, Fini segan nak ke sana ke mari amik gmbr. Lagipun kena jadi hakim penamat.




Keseluruhannya, JOHAN Sukan Tahunan kali ini dimenangi oleh Rumah BIRU.

Huhuhu, takpe...tahun depan rumah Merah berusaha utk rampas tahta. Hahaha.

6 comments:

shahril aley said...

budak pompuan sebelah fini tu mcm tak lama lagi mesti lebih tinggi dr fini. erkkk.... fini rendah ke?

Anonymous said...

erk..tu muna ke fini? pakai tudung ijo..

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

>>Shahril Aley
Erm, Fini rendah je. 150cm je. =)

>>CikScarlet
Erm, betul la..yg pakai tudung & baju hijau tu Teacher Muna. Fini yg pakai baju & tudung your favourite colour. =)

Kasawari said...

Fini..

Wah seronoknya sukan.. banyak gambar pulak tu..

mana pasukan rumah hijau???

mcm tau tau jer biru menang? he he

~SyaFini Rosli~ said...

Salam Kasawari,

Erm, seronok jg walaupun mini sukan. Fini masuk lari 100m dpt no3. Hahaha. Hadiah tupperware. Huhuhu. Rumah hijau x de. Sekolah kurang murid (SKM) jd ada 2 umah sukan je. Murid kami 121 org je termasuk murid pra.

Kasawari said...

Oh.. murid ada 121 orang ya.. takper la.. nanti dah banyak rumah susah nak handle kan..

oh SKM tu sekolah kurang murid eh.. takper.. jangan SKG.. sekolah kurang cikgu.. he he